IPOH 5 Jun – Acara basikal trek Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018 yang dijadual berlangsung di Velodrom Rakyat di sini dibatalkan ekoran permukaan trek kayu di velodrome tersebut yang membahayakan pelumba. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pembangunan Modal Insan negeri, Howard Lee Chuan How berkata, trek kayu di velodrome tersebut sudah reput, terkopak dan berlumut walaupun selepas kerja baik pulih yang menelan belanja RM11 juta. Menurutnya, melihatkan keadaan itu adalah mustahil…










