Bapa Altantuya buat laporan polis - Utusan Malaysia

Bapa Altantuya buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bapa kepada model Mongolia Altantuya Shaariibuu, Dr. Shaariibuu Setev hari ini membuat laporan polis berhubung pembunuhan anaknya pada 12 tahun lepas.

Beliau tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang  Wangi di sini pada pukul 11.35 pagi bersama peguam keluarganya, Ramkarpal Singh.

Ramkarpal berkata, laporan berkenaan dibuat untuk meminta polis membuka semula kertas siasatan kes pembunuhan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia hanyalah laporan polis biasa, maknanya jika ada petunjuk baharu dalam kes ini (pembunuhan Altantuya) ia akan dibuat dalam siasatan polis.

“Sekiranya ada juga orang lain yang bertanggungjawab serta terlibat dalam kes ini, mereka juga akan didakwa di mahkamah,” katanya ketika ditemui pemberita di IPD Dang Wangi. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini