Bank Jepun tunjuk sentimen positif pinjaman mudah negara - Utusan Malaysia

Bank Jepun tunjuk sentimen positif pinjaman mudah negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 18 Jun – Institusi perbankan di Jepun telah menunjukkan sentimen positif terhadap permintaan Malaysia untuk mendapatkan pinjaman mudah bagi mengatasi masalah kewangan yang dialami negara.

WAN AZIZAH WAN ISMAIL menerima kunjungan hormat Makio Miyagawa
WAN AZIZAH WAN ISMAIL menerima kunjungan hormat Makio Miyagawa di pejabatnya di Putra Perdana, Putrajaya, semalam.  BERNAMA

Duta Besar Jepun ke Malaysia, Makio Miyagawa berkata, respons positif itu disampaikan oleh pe­mimpin-pemimpin institusi tersebut sendiri ketika beliau mengadakan perjumpaan dengan mereka di Tokyo, Jepun baru-baru ini.

“Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe juga menghantar satu nota jelas bahawa sektor kerajaan dan swasta perlu mempertimbangkannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya rasa Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) juga akan mempertimbangkannya di bawah kepemimpinan Perdana Menteri kita,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Makio berkata, pihaknya setakat ini masih belum menerima respon rasmi daripada institusi perbankan berkaitan perkara berkenaan.

“Ini memandangkan permin­taan oleh Malaysia itu hanya dilakukan dalam beberapa hari lalu tetapi kita mengalu-alukan respons positif dari mereka,” katanya.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika mengadakan kunjungan rasmi di Jepun baru-baru ini telah meminta bantuan daripada Jepun untuk me­ngatasi masalah kewangan yang dialami dengan memohon diberikan pinjaman mudah pada kadar faedah yang cukup rendah.

Sementara itu Makio berkata, jumlah perdagangan dan pelaburan antara Jepun dan Malaysia dijangka akan meningkat berikutan pentadbiran kerajaan baharu di negara ini.

“Kita berbesar hati untuk be­kerjasama untuk mempertingkatkan kekuatan kolaborasi perdagangan dan pelaburan kedua-dua negara,” katanya.

Berhubung isu pendidikan, beliau memberitahu, permintaan Dr. Mahathir agar lebih ba­nyak universiti Jepun membuka ca­wangan di negara ini akan diusahakan oleh negara itu secepat mungkin.

“Kita juga ingin menawarkan beberapa peluang pekerjaan kepada mereka yang belajar di universiti Jepun dan mereka yang berminat bekerja di syarikat Je­pun, sama ada di Malaysia atau di Jepun,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini