WUPPERTAL, Jerman 24 Jun – Sekurang-kurangnya 25 orang cedera dan empat daripadanya cedera parah apabila satu letupan memusnahkan sebuah bangunan di barat bandar ini semalam. BBC melaporkan, kejadian itu berlaku pada tengah malam semalam, selain menyebabkan beberapa bahagian bangunan itu terbakar. Pasukan bomba turut bertungkus-lumus membawa keluar mangsa-mangsa yang terperangkap dalam runtuhan bangunan. Letupan tersebut yang masih belum diketahui puncanya menyebabkan satu lubang besar terbentuk, sekali gus meningkat risiko untuk…











