Bahasa Vernakular bukan bahasa rasmi kerajaan - Utusan Malaysia

Bahasa Vernakular bukan bahasa rasmi kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Jun – Bahasa Mandarin adalah bahasa vernakular untuk kaum Cina sahaja dan tidak boleh digunakan sebagai bahasa dalam urusan rasmi kerajaan.

Perkara ini ditegaskan sendiri oleh Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong yang turut menegaskan bahawa sudah jelas termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, bahasa rasmi digunakan dalam urusan kerajaan ialah bahasa Melayu.

“Bahasa-bahasa lain hanya boleh digunakan untuk tujuan mengajar atau dipelajari namun bagi urusan rasmi negara, tidak boleh bahasa selain bahasa Melayu.

“Sewajarnya begitu kerana sebagai bahasa Kebangsaan, bahasa Melayu mesti diterima pakai sepenuhnya dan tidak ada pihak boleh disifatkan sebagai cacat berbahasa Melayu sehingga memerlukan bahasa lain sebagai satu bentuk ‘bantuan’,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kok Seong berkata, ada pihak yang mempertikaikan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi kerajaan dan bukan rasmi di negara ini sebagai alasan supaya bahasa-bahasa lain juga dibenarkan dalam urusan kerajaan.

“Bahasa Inggeris perlu dilihat dalam konteks statusnya sebagai bahasa antarabangsa semata-mata,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN