Baby Xandra makin sihat dan aktif - Lan Solo - Utusan Malaysia

Baby Xandra makin sihat dan aktif – Lan Solo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 9 Jun – Bekas vokalis kumpulan Kristal, Lan Solo, 33, memberitahu bahawa anak keempatnya, Nur Amna Quxandra atau Baby Xandra semakin beransur pulih selepas genap seminggu menjalani pembedahan bagi merawat masalah bibir sumbing yang dihidapinya.

Katanya, jahitan telah pun dibuka pada 6 Jun lalu tetapi luka pembedahan tersebut masih belum kering sepenuhnya dan mengambil masa kurang seminggu untuk betul-betul sembuh.

“Doktor nasihatkan agar luka dicuci dua atau tiga kali sehari bagi mengelakkan jangkitan kuman dan kami perlu berhati-hati ketika melakukannya supaya luka tidak melarat memandangkan tisu bibir bayi yang masih lembut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jujurnya bukan mudah untuk kami buat semua itu kerana Baby Xandra akan menangis disebabkan rasa pedih dan sakit.

“Namun, kami tabah hadapinya demi melihat Baby Xandra segera sembuh seperti sedia kala,” jelasnya ketika dihubungi Utusan Online.

Lan atau nama sebenarnya Mohd. Razlan Mohamed Yusof menambah, doktor juga memberi tunjuk ajar teknik mengurut bibir anaknya agar hasilnya kelihatan lebih cantik.

Ujarnya, dia dan isteri, Nur Sheila Hassim, 32, akan bergilir-gilir menjaga Baby Xandra dari semasa ke semasa termasuk peka dengan sebarang perubahan yang berlaku terhadap bibir anak mereka yang dilahirkan pada 24 Februari lalu.


Selain Baby Xandra, pasangan yang disatukan sebagai suami isteri pada 6 Disember 2009 dan telah pun dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, 6, Nur Amna Qeesyara, 4, dan Muhammad Akid Qassyaff, 3. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini