SHAH ALAM 18 Jun – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi mempersembahkan satu nama yang akan menggantikan beliau sebagai Menteri Besar. Bagaimanapun, Mohamed Azmin tidak mendedahkan sama ada yang akan menggantikannya adalah daripada kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang memegang jawatan Exco dalam kerajaan negeri atau tidak. Menurut Mohamed Azmin, pihaknya telah berbincang dengan pucuk kepimpinan PKR bagi memutuskan siapa…









