Azlan pertahan jawatan Ketua UMNO Bahagian Kangar - Utusan Malaysia

Azlan pertahan jawatan Ketua UMNO Bahagian Kangar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU 13 Jun – Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man akan mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Kangar yang disandangnya sejak tahun 2013 dalam pemilihan parti itu, pada 30 Jun ini.

Azlan berkata, setelah berbincang dan mendapat pandangan rakan-rakan khususnya di Bahagian Kangar, sememangnya terdapat keperluan untuk beliau mempertahankan jawatan itu.

Dalam pada itu, beliau turut mempertimbangkan keputusan sama ada bertanding atau sebaliknya jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO dalam pemilihan parti itu kali ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Di peringkat Pusat, kita masih ada tiga hari lagi sebelum 17 Jun (tarikh tutup pencalonan). Saya ada mendapat cadangan meminta saya bertanding Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

“Bagaimanapun saya masih mempertimbangkannya dan belum membuat keputusan muktamad mengenainya. Saya perlu ambil masa sebelum membuat keputusan dalam tempoh sehari dua lagi,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini