KUALA LUMPUR 24 Jun – Keputusan tidak rasmi pertandingan jawatan Ketua Pemuda UMNO menyaksikan Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dasuki mendahului calon-calon lain.
Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dalam hantaran terbaharu di Facebook mendakwa beliau memperoleh 73 undi.
Diikuti Senator Khairul Azwan Harun 58 undi, Datuk Mohd. Shahar Abdullah 58 undi dan Datuk Seri Jamal Md. Yunos yang memperoleh dua undi.
Memuatkan artikel berkaitan…
Hanya tinggal dua undi dari bahagian Kelana Jaya dan Kapar yang masih belum membuat keputusan.
Pemilihan jawatan bagi sayap-sayap Wanita, Pemuda dan Puteri berlangsung di 191 bahagian UMNO semalam dan hari ini.-UTUSAN ONLINE











