WASHINGTON 20 Jun – Kritikan antarabangsa terhadap dasar Amerika Syarikat (AS) memisahkan kanak-kanak pendatang asing daripada ibu bapa mereka yang mencari suaka di sempadan negara ini, dilihat semakin memuncak.
Lapor BBC, Perdana Menteri Britain, Theresa May berkata, ‘mengurung’ kanak-kanak terbabit adalah tidak wajar sama sekali.
Kongres AS dikatakan mendapat desakan untuk mengubah dasar ditetapkan oleh Presiden Donald Trump.
Memuatkan artikel berkaitan…
Susulan itu, Republikan sedang berusaha untuk menggubal rang undang-undang baharu dan bakal diputuskan dalam tempoh 24 jam. – Agensi











