AS, Korea Utara adakan pertemuan di New York - Utusan Malaysia

AS, Korea Utara adakan pertemuan di New York

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo dan pegawai tertinggi Korea Utara, Kim Yong-chol me­ngadakan mesyuarat pada hari kedua di New York semalam ketika mereka berusaha menyelesaikan perselisihan mengenai senjata nuklear dan mencipta sejarah sidang kemuncak antara kedua-dua negara.

Kedua-dua lelaki itu meninggalkan lokasi makan malam privasi selama 90 minit di sebuah apartmen di New York kelmarin tanpa mendedahkan butiran perbualan mereka.

Satu lagi rundingan dijadualkan lewat semalam dengan Pompeo dijangka meninggalkan New York petang itu juga.

AS telah menuntut Korea Utara menggugurkan prog­ram senjata nuklearnya di tengah-tengah laporan bahawa negara itu hampir dapat melancarkan peluru berpandu yang berupaya sampai ke tanah besar AS.

Pyongyang telah mempertikaikan desakan itu dengan alasan mereka memerlukan senjata nuklear untuk keselamatannya.

Terdapat laporan awal kelmarin bahawa pegawai-pegawai Korea Selatan mencatatkan perbezaan agak signifikan antara AS dan Korea Utara berhubung isu perlucutan senjata nuklear itu.

Mesyuarat di New York itu susulan perbinca­ngan peringkat tertinggi Pompeo di Korea Utara pada April dan awal Mei yang bertujuan mengadakan rundingan antara ke­dua-dua musuh lama itu.

Presiden AS, Donald Trump dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dijadualkan mengadakan pertemuan yang tidak pernah berlaku sebelum ini di Singapura pada 12 Jun depan.

Ketegangan antara Washington dengan Pyongyang menyebabkan Trump membatalkan mesyuarat tersebut hanya beberapa hari sebelum usaha pembaharuan diplomatik dilakukan.

Kim Yong Chol, pembantu rapat Jong-Un dan Naib Pengerusi Jawatankuasa Pusat Parti Buruh yang merupakan pegawai paling kanan Korea Utara untuk berjumpa pegawai ter­tinggi AS untuk perbinca­ngan di Washington setelah hampir dua dekad.

Sebagai timbal balik kerana melucutkan senjata nuklear, Washington berjanji melonggarkan sekatan ke atas Pyonyang dengan membenarkan makanan dan bantuan lain sampai ke Korea Utara dan meningkatkan hubungan dengan Korea Selatan. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN