BAITULMUQADDIS 25 Jun – Seorang perunding kanan Palestin mendakwa Amerika Syarikat (AS) cuba menggulingkan kerajaan Presiden, Mahmoud Abbas selain menegaskan Washington sudah hilang kelayakannya sebagai ‘orang tengah’ dalam proses rundingan damai Palestin-Israel. Lapor portal al-Jazeera, dakwaan itu dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Saeb Erekat selepas penasihat kanan Presiden AS, Donald Trump iaitu Jared Kushner dan wakil White House, Jason Greenblatt mengadakan pertemuan dengan pemimpin Israel, Jordan, Qatar, Mesir serta Arab Saudi baru-baru ini. Dalam satu wawancara yang diterbitkan dalam akhbar berbahasa Arab, al-Quds semalam, Kushner…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya