KUALA LUMPUR – Tindakan seorang arkitek yang membaling kasutnya kepada seekor kucing jalanan di lobi lif kondominium membawa padah apabila dia didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini. Majistret Wong Chai Sia menjatuhkan hukuman itu ke atas Zaini Othman, 59, selepas lelaki itu yang memakai kemeja bercorak petak serta seluar slack dan kelihatan sugul mengaku bersalah atas pertuduhannya. Mahkamah turut memerintahkan Zaini selaku Orang Kena Saman dipenjara dua…










