RIYADH 11 Jun – Sistem pertahanan udara Arab Saudi semalam memintas sebuah peluru berpandu balistik di selatan wilayah Jizan selepas ia dilancarkan dari wilayah dikuasai pemberontak di Yemen. Al-Ekhbariya TV melaporkan, pasukan pertahanan Arab Saudi memintas sebuah peluru berpandu di Jizan yang dilancarkan oleh kumpulan Houthi dari Yemen. Namun media itu tidak melaporkan jika berlaku sebarang kehilangan jiwa akibat insiden itu. – AFP










