APMM tahan bot pukat jerut bilis - Utusan Malaysia

APMM tahan bot pukat jerut bilis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Maritim Malaysia (APMM) bertindak menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas A jenis pukat jerut bilis atas kesalahan memukat di kawasan larangan di perairan Langkawi dekat sini kelmarin.

Bot tersebut ditahan pada kedudukan 0.7 batu nautika uta­ra Tanjung Chincin oleh kapal peronda APMM Langkawi kira-kira pukul 9.48 pagi kelmarin.

Pengarah Maritim Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Rozali Mohd. Said berkata, pemeriksaan menemui seorang tekong rakyat tempatan dan 30 awak-awak berusia 20 hingga 68 tahun di dalam bot berkenaan.

Katanya, awak-awak terdiri daripada seorang warga tempatan, dua warga Thailand dan 27 lagi warga Kemboja.

“Bot itu disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen iaitu memukat ikan bilis kurang daripada satu batu nautika dari pantai.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN