Anwar terima surat dari dua ulama tersohor - Utusan Malaysia

Anwar terima surat dari dua ulama tersohor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Jun – Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima surat daripada ulama tersohor, Prof. Sheikh Dr. Yusuf Qaradawi dan Presiden Pergerakan Al-Nahda Tunisia, Sheikh Rached Ghannouchi yang mendoakan kesembuhannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, beliau berasa sangat terharu dan terkesan dengan ingatan kedua-dua ulama tersebut.

“Sementara masih di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), saya terharu menerima utusan surat dari Sheikh Yusuf Qaradawi dan Sheikh Rached Ghannouchi yang turut mendoakan kesembuhan segera. 

“Terkesan dengan ingatan ini sementelah banyak pengalaman lampau dengan kedua tokoh ini dalam menggerak perjuangan. Syukran!,” katanya dalam laman Facebook di sini hari ini.

Anwar dikejarkan ke PPUM pada 23 Jun lalu berikutan masalah kesihatan bahu kanan dan bahagian belakangnya selepas pulang dari lawatan ke Turki. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN