KUALA LUMPUR 26 Jun – Istana Negara memaklumkan bahawa Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet akan diadakan pada 2 Julai ini. Pemakluman tersebut dinyatakan dalam satu kenyataan akhbar, sebentar tadi. Kenyataan tersebut turut memaklumkan bahawa Pejabat Perdana Menteri telah menghantar senarai nama tersebut pada 20 Jun lalu untuk diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V. Senarai nama tersebut telah diperkenankan oleh baginda dan dipulangkan semula ke…









