PASIR GUDANG 4 Jun – Setiap kali melihat juadah ayam masak rendang, fikiran Razin Najwan Sulaiman melayang seketika teringatkan ibunya yang sudah meninggal dunia dua tahun lalu. Itu lauk kegemaran Razin Najwan, 11, dan ibunya tidak pernah menghampakan setiap kali dia meminta dimasak juadah tersebut pada setiap pagi Hari Raya Aidilfitri. Kini semuanya sudah berlalu dan anak bongsu daripada tiga beradik itu tetap menggemari ayam rendang, walaupun tidak sesedap masakan…










