Anak tertembak belakang ibu guna pistol bapa - Utusan Malaysia

Anak tertembak belakang ibu guna pistol bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG – Seorang isteri anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang di sini semalam cedera pada bahu kanan selepas ditembak oleh anaknya sendiri menggunakan pistol milik suaminya.

Mangsa, Noor Aidah Mat Yusoff@Ahmad, 48, cedera selepas terdengar bunyi satu das tembakan dari arah belakang dan terasa sakit pada bahu kanan.

Suaminya, Sarjan Zul­kifli Ayub yang turut berada bersamanya ketika kejadian segera membawanya ke Hospital Gua Musang untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd. Taufik Maidin berkata, keja­dian itu berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi di Kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang.

Katanya, anak lelaki anggota polis yang berusia 25 tahun itu telah menjumpai pistol bapanya yang diletakkan di atas sebuah almari berdekatan ruang dapur rumahnya.

“Lelaki itu menyangka pistol itu sebagai pistol mainan untuk menembak cicak. Ketika kejadian, ibu dan bapanya berada di dapur.

“Secara tidak sengaja, dia menarik picu dan meletup sehingga terkena belakang bahu kanan ibunya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN