PEKAN – Anak bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd Nizar dipilih menjadi Ketua Pemuda UMNO Pekan setelah menang tanpa bertanding pada Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian itu di sini hari ini. Beliau menggantikan Datuk Shahruddin Ahmad yang melebihi had umur kelayakan. Mengulas pemilihannya, Mohd Nizar, 40, berazam untuk membangkitkan kembali parti. “Saya lihat sokongan dan semangat juang pemimpin UMNO masih kuat dan tidak terhenti. Persidangan Perwakilan Pergerakan…











