KUALA TERENGGANU 18 Jun – Muhammad Izzat Hussairi, 17, anak bongsu bekas anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Jidin Shafee maut dalam kemalangan di sini petang ini. Motosikal yang ditunggangi pelajar itu berlanggar dengan sebuah kereta berhampiran sebuah pasar raya di Tanjung. Mangsa yang cedera parah meninggal di tempat kejadian, dan jenazah akan dikebumikan malam ini di tanah perkuburan Sheikh Ibrahim di sini. Ketika kejadian, Izzat yang juga atlet menembak…










