AIDILFITRI dalam bulan Syawal hadir dengan penuh keberkatan, tangan dihulur menandakan rasa kesyukuran. Berbekal semangat berkenaan, KPJ Sentosa KL telah berkunjung ke Pusat Jagaan Kasih Murni, Keramat, Kuala Lumpur, baru-baru ini bagi meraikan dan menyampaikan sumbangan kepada penghuni di pusat itu. Sumbangan berbentuk pakaian dan wang ringgit diberikan kepada 40 kanak-kanak asnaf dan anak yatim yang berusia dua hingga 12 tahun. Selain itu, barangan keperluan harian juga turut disumbangkan bagi…










