BAKTI. Kira-kira 80 orang kanak-kanak golongan asnaf di rumah amal Pertubuhan Kebajikan Asnaf Al-Barakh diraikan pada satu majlis pemberian sumbangan Aidilfitri di Taman Sepakat, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Ketua Unit Pembangunan Insan Sekretariat Khidmat Imigran, Shamsudin Jamaludin berkata, program itu diadakan bagi berkongsi kegembiraan dengan kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan menceriakan suasana sambutan hari raya.
Kakitangan Paradise Data Analytics Sdn. Bhd. dan Paradise Linx Sdn. Bhd. serta 20 ahli alumni Kolej Universiti Koperasi Polis turut hadir meraikan kanak-kanak tersebut.










