Amirudin Menteri Besar Selangor - Utusan Malaysia

Amirudin Menteri Besar Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua, Amirudin Shari mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor baharu di Istana Alam Shah di sini semalam.

Istiadat mengangkat sumpah jawatan, ikrar dan aku janji itu diadakan di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Turut berangkat ke istiadat tersebut Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Amirudin, 38, dilantik sebagai Menteri Besar Se­la­­ngor ke-16 menggantikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menyertai Kabinet kerajaan Persekutuan sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Sambil memegang Lem­bing Sembuana, Amirudin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) melafazkan 10 ikrar aku janji sebagai Menteri Besar, antaranya memelihara serta menjunjung tinggi prinsip Rukun Negara dan memelihara kedaulatan institusi raja serta mempertahankannya daripada dicemari dan diganggu-gugat oleh mana-mana pihak.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN