Alumni STAR Klang anjur program tadarus, khatam al-Quran - Utusan Malaysia

Alumni STAR Klang anjur program tadarus, khatam al-Quran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Jun – Program Tadarus dan khatam al-Quran an­juran Persatuan Bekas Pelajar SMK Tengku Ampuan Rahimah Klang (Alumni STAR Klang) di De­wan Makan Asrama sekolah berke­naan berlangsung sederhana tetapi meriah baru-baru ini.

Program yang turut diisi de­ngan majlis berbuka puasa dan terawih itu dijayakan dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Panitia Pendidikan Islam STAR.

Majlis turut dihadiri alumni STAR iaitu Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid, mantan ahli parlimen Lumut, Perak, Ir Ruzitah Supinyeh, Yang Dipertua PIBG STAR Haznah Hamzah, pentadbir, guru-guru, ibu bapa serta pe­lajar sekolah tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Yang turut hadir wakil Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor serta Alumni STAR Klang.

Pengerusi Persatuan Alumni STAR Klang, Dr. Mohamad Rafie Md Kaslan berkata, penganjuran program bertujuan mengeratkan silaturahim di antara wakil Alumni STAR Klang bersama PIBG dan pelajar sekolah tersebut.

Majlis turut diadakan bersempena sambutan Wor­ld#Qu­ran­Hour se­bagai penghayatan terhadap kandungan serta isi al-Quran oleh pelajar sekolah tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini