Alli terlepas sesi latihan England - Utusan Malaysia

Alli terlepas sesi latihan England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REPINO, Rusia 21 Jun – Bintang tengah England, Dele Alli terlepas sesi latihan England hari ini dalam usaha untuk pulih daripada kecederaan paha menjelang aksi kedua Piala Dunia menentang Panama, Ahad ini.

Pemain Tottenham Hotspur itu yang dikeluarkan pada babak kedua ketika England menumpaskan Tunisia 2-1 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan G, Isnin lalu berkata, dia masih bergelut untuk mengembalikan kecergasan.

“Amat mengecewakan kerana mengalami kecederaan ringan, Isnin lalu. Akan melakukan apa sahaja yang termampu untuk kembali cergas secepat mungkin,” tulis pemain berusia 22 tahun itu dalam Twitter.

England akan menentang Panama di Stadium Nizhny Novgorod pada pukul 8 malam (waktu Malaysia) Ahad ini sebelum melengkapkan jadual peringkat kumpulan dengan bertemu Belgium di Kaliningrad, Khamis depan.

Seandainya Alli tidak cergas dalam masa ditetapkan, Ruben Loftus-Cheek yang dibawa masuk sebagai gantian ketika bertemu Tunisia dijangka beraksi dalam kesebelasan utama.

Pilihan lain yang dimiliki adalah Fabian Delph atau Marcus Rashford, yang turut menunjukkan prestasi memberangsangkan ketika dibawa masuk sebagai pemain gantian, Isnin lalu. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN