Al Yashir berhasrat bawa pembaharuan dalam Pemuda - Utusan Malaysia

Al Yashir berhasrat bawa pembaharuan dalam Pemuda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 8 Jun – Penolong Setia­usaha Pemuda UMNO Gopeng, Al Yashir Yahaya menawarkan diri untuk bertanding jawatan Exco Pemuda dalam pemilihan parti itu.

Al Yashir, 29, yang merupakan Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO negeri sejak tahun 2013 berkata, keputusan itu didukung dengan hasrat bagi membawa pembaharuan dalam pergerakan Pemuda selepas kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Menurutnya, beliau mahu suara anak muda lebih didengari dalam parti setelah sebelum ini banyak polisi dan ketetapan yang diambil parti tidak memihak orang muda selain banyak retorik.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, dalam suasana politik hari ini, jika suara anak muda ini tidak diambil ke dalam parti, tidak mustahil UMNO akan berkubur.

“Keputusan saya menawarkan diri bertanding jawatan Exco Pemuda berdasarkan suasana politik sekarang kerana kalau kita lihat parti kerajaan sendiri pun ramai anak muda.

“Dalam masa sama, UMNO sebenarnya masih segar, masih menjadi wadah untuk orang muda melontarkan pendapat dan mesej tetapi dahulu UMNO mengamalkan walak, tak boleh tegur pemimpin, namun kini semangat rata-rata ahli UMNO semakin membuak-buak untuk memulihkan parti,” katanya.

Al Yashir merupakan Pegawai Khas kepada Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Bina Upaya (YBU), Datuk Ismail Saffian iaitu sebuah agensi kerajaan ne­geri.

Beliau memili­ki­ Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Universiti Multimedia (MMU) dan kini mengikuti pengajian peringkat ijazah di Universiti Sains Malaysia (USM).

Menjadikan Exco Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan yang bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda sebagai idola, Al Yashir turut mengumumkan bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gopeng dalam pemilihan kali ini.

“Objektif saya ialah untuk mengembalikan kepercayaan orang muda terhadap UMNO,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini