KAHERAH – Abdel Fattah al-Sisi mengangkat sumpah sebagai Presiden Mesir untuk penggal kedua semalam ketika negara itu berhadapan dengan masalah ekonomi dan cabaran keselamatan. Al-Sisi mengangkat sumpah di hadapan anggota kerajaan pimpinannya selepas memenangi 97 peratus undi pada pilihan raya Presiden Mesir, Mac lalu. Beliau yang merupakan ketua tentera telah menggulingkan Presiden Mesir pertama yang dilantik secara bebas, Presiden Mohammed Morsi selepas tunjuk perasaan jalanan pada tahun 2013, sekali gus…










