Aku janji setia kepada parti - Utusan Malaysia

Aku janji setia kepada parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Pergerakan Pemuda UMNO meminta semua calon yang bertanding jawatan tertinggi membuat aku janji secara terbuka untuk setia terhadap parti.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketuanya yang baharu, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan perkara itu perlu dilakukan bagi memastikan mereka terus berjuang dalam UMNO dan sebagai lambang ketaatan dan kesetiaan kepada parti.

“Saya minta mereka (yang bertanding) mesti membuat aku janji kesetiaan kepada parti, jangan sesekali menggunakkan alasan bahawa kalau kita tidak terpilih, itu seolah-olah tandanya kita ditolak.

“Akhirnya kita meninggalkan bahtera perjuangan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Hari Raya Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Johor Bahru di sini malam kelmarin.

Pada majlis itu, kira-kira 1,000 anggota Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO hadir bagi memeriahkan rumah terbuka.

Asyraf Wajdi berkata, jika terdapat mana-mana calon yang kalah dalam pemilihan itu dan bertindak meninggalkan parti, beliau menyifatkan mereka merupakan golongan yang menderhaka kepada perjuangan parti dan rakyat.

Katanya, ini kerana para pemimpin parti masih mempunyai tanggungjawab terutamanya dalam memelihara kepentingan agama, bangsa dan negara.

Beliau turut menggesa calon yang tewas dalam pemilihan sayap pada 23 Jun lalu dan bakal kalah pada Sabtu ini supaya terus berganding bahu dan bekerjasama sebagai satu pasukan.

“Siapa yang dipilih perwakilan menjadi Presiden parti Sabtu ini, dialah Pre­siden kita. Saya percaya perwakilan cukup matang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN