Aktivis masyarakat tanding Naib Ketua UMNO bahagian - Utusan Malaysia

Aktivis masyarakat tanding Naib Ketua UMNO bahagian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 25 Jun – Aktivis masyarakat di negeri ini, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Ketua UMNO bahagian Tumpat pada pemilihan parti itu Sabtu ini.

Aktivis masyarakat tanding Naib Ketua UMNO bahagian
Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad

Wan Khairul Ihsan yang juga Pengerusi Institut Modenisasi Anak Muda Kelantan (IMPAK) berkata, keputusan itu dibuat bagi meneruskan perjuangan untuk membela nasib rakyat dengan lebih berkesan.

Dalam masa sama beliau berkata, penawaran dirinya untuk berkhidmat dalam UMNO adalah mahu membawa pembaharuan dalam parti yang berusia 72 tahun selepas tewas dalam pilihan raya umum lalu.

“Saya berharap di semua bahagian yang bertanding dalam pemilihan kali ini menghantar satu isyarat kepada masyarakat bahawa mereka betul-betul merealisasikan ‘UMNO bangkit’ dengan memilih muka baru untuk kerusi naib ketua.

“Dalam konteks UMNO bahagian Tumpat boleh dilihat jawatan timbalan ketua yang menang tanpa bertanding merupakan daripada kalangan orang lama yang berpengalaman dan calon jawatan Ketua Bahagian juga dari kalangan pemimpin-pemimpin UMNO Bahagian sebelum ini,” katanya di sini hari ini.

Justeru Wan Khairul Ihsan menyeru kepada perwakilan khususnya UMNO Tumpat melakukan pembaharuan dan menyatakan secara jelas niat mereka mahu melihat perubahan dengan memilih calon baru dan muda yang belum berada dalam bahagian sebelum ini.

“Jadikan pemilihan ini sebagai satu isyarat bahawa mereka mahukan perubahan dan merealisasikan niat ke arah UMNO bangkit.

“Jika muka-muka lama yang memenuhi jawatan tertinggi parti maka rakyat melihat bahawa UMNO tidak akan berubah kerana orang dan watak yang sama,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN