KUALA LUMPUR 12 Jun – Selepas dua tokoh perundangan negara menggesa supaya kerajaan Pakatan Harapan mengekalkan Akta Hasutan 1948, hari ini dua bekas Ketua Polis Negara yang cukup dihormati tampil menyuarakan pandangan sama. Menurut kedua-duanya, akta yang diperkasakan selepas peristiwa 13 Mei 1969 itu perlu dikekalkan bukan untuk menyekat hak kebebasan bersuara mana-mana pihak, sebaliknya bertujuan mengelak daripada berulang masalah ketegangan kaum dan agama di negara ini. Tun Hanif Omar berkata, biarpun generasi hari ini memiliki pendedahan dan pemikiran yang agak berbeza berbanding mereka yang lahir ketika pra atau pasca…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya