KUALA TERENGGANU – Beraksi dalam perlawanan kompetitif pada bulan puasa sudah menjadi kebiasaan bagi pemain bola sepak dari Asia Barat namun keadaan itu mungkin tidak sesuai bagi pemain tempatan. Pendapat itu diluahkan Ketua Jurulatih Terengganu Football Club 1 (TFC 1), Irfan Bakti Abu Salim apabila diminta mengulas mengenai aksi Liga Malaysia (Liga M) 2018 melibatkan saingan Liga Super dan Liga Premier yang terpaksa diteruskan pada bulan Ramadan ini. Irfan berkata, beberapa faktor perlu diambil kira yang menyebabkan perkara itu perlu dikaji semula oleh Persatuan Bola…










