TURIN 5 Jun – Jaringan Nathan Ake pada lewat permainan membolehkan Belanda mengikat Itali 1-1 dalam aksi persahabatan bagaimanapun kedua-dua pasukan gergasi Eropah itu gagal melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia 2018. Simone Zaza terlebih dahulu meletakkan Itali di depan pada minit ke-67 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Allianz bagaimanapun dua minit kemudian skuad The Azzurri itu terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila pertahanan, Domenico Cristico dilayangkan kad…










