Akaun UMNO Pusat, Selangor dibekukan - Utusan Malaysia

Akaun UMNO Pusat, Selangor dibekukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 28 Jun – Calon Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendakwa, akaun Ibu pejabat UMNO Pusat dan Selangor sudah pun dibekukan hari ini oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Memuatkan artikel berkaitan…

Naib Presiden UMNO itu memberitahu, perkara tersebut diketahuinya sebentar tadi dan akaun UMNO Johor juga hampir pasti akan dibekukan SPRM dalam masa terdekat.

Selain itu, beliau berkata, Menteri Dalam Negeri dalam waktu terdekat juga hampir pasti akan meminta Pertubuhan Pendaftaran (RoS) membatalkan pendaftaran UMNO.

“Tidak ada jaminan mana-mana Presiden UMNO, Timbalannya, Naib-naib Presiden dan ahli-ahli Majlis Tertinggi (MT) sekiranya menang pemilihan kali ini tidak akan disiasat (SPRM) kerana kita bukan lagi kerajaan.

“Ini termasuk juga (bekas) Menteri Besar (tiada jaminan tidak akan disiasat),” katanya ketika berucap dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri UMNO Johor Bersama Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Hotel M. Suites di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini