Akaun Tabung Harapan Malaysia palsu dikesan - Utusan Malaysia

Akaun Tabung Harapan Malaysia palsu dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 2 Jun – Kementerian Kewangan akan membuat laporan polis berhubung penularan poster yang memaparkan nombor akaun palsu Tabung Harapan Malaysia.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, nombor akaun tersebut adalah berbeza daripada nombor akaun Tabung Harapan Malaysia rasmi kerajaan.

“Nombor akaun yang tertera di poster palsu tersebut adalah berlainan dengan nombor akaun Tabung Harapan Malaysia yang bernombor 5660 1062 6452 (Maybank) seperti yang diumumkan sebelum ini.

“Ingin ditegaskan bahawa Kementerian akan membuat laporan polis terhadap mana-mana individu yang cuba mengambil kesempatan di atas kebaikan orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau turut mengumumkan, setakat pukul 3 petang ini, Tabung Harapan Malaysia telah berjaya mengumpul sebanyak RM18,608,925,36 iaitu peningkatan sebanyak 163% berbanding RM7,075,508.79 yang dikutip semalam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN