SEPANG 29 Jun – Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Bhd. (AirAsia) menjadi penaja utama di ASEAN bagi penerbangan rasmi untuk Pertandingan Sukan Elektronik Dunia (WESG) bagi musim baharu 2018/2019. Pengerusi Eksekutif Kumpulan AirAsia dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X, Datuk Kamarudin Meranun berkata, sebagai sebuah syarikat digital yang inovatif pihaknya berbangga dapat menjadi penaja utama dan berharap dapat memberi sumbangan terhadap perkembangan sukan elektronik (e-sukan). “WESG merupakan kejohanan e-sukan…










