KUALA LUMPUR 13 Jun – Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah beban membesarkan lima orang anak yang ditanggung oleh pasangan Fariza Ibrahim, 41 dan suami Shahdi Abdullah, 43. Dalam keadaan hidup yang serba kekurangan, mereka terpaksa akur menjalani kehidupan di sebuah stor yang disewa sejak dua tahun lalu. Namun dalam kedaifan itu, mereka tetap bersyukur apabila menerima bekalan air dan elektrik yang diberikan oleh pemilik gerai makan…










