BAGAN DATUK 16 Jun – “Raya tahun ini tidak ada makna bagi kami sekeluarga kerana hanya terkenangkan anak-anak yang telah pergi buat selama-lamanya.” Itu yang dirasai seorang ibu, Zuraidah Md. Ali, 35, selepas tiga anaknya maut ditetak dengan parang oleh seorang lelaki pada 1 Ramadan lalu. Menurutnya, walaupun reda dengan kehilangan anaknya itu, dia mengakui sukar untuk menerima hakikat bahawa mereka mati dalam keadaan begitu tragik. “Pada tahun lepas, seminggu…










