KUALA LUMPUR 24 Jun – Calon Ketua UMNO Bahagian Kepong, Ahmed Zaharani Yusof Omar berkata, beliau menawarkan diri untuk bertanding dalam pemilihan parti kerana ahli-ahli mahukan perubahan dan pendekatan yang baharu bagi memenuhi perjuangan asas orang Melayu bandar. Menurut beliau, Melayu bandar makin dahagakan pembaharuan dari segi ekonomi dan kos sara hidup yang makin meningkat. Justeru katanya, perubahan secara keseluruhan perlu dilakukan demi menjadikan kepercayaan ahli akar umbi dan rakyat…











