KOTA BHARU 21 Jun – Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tiba di Bangunan Badan Perhubungan UMNO negeri di sini, kira-kira pukul 11.45 pagi hari ini. Ketibaan beliau disambut oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan beberapa pimpinan UMNO lain. Turut kelihatan, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa dan calon Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.…










