KUALA LUMPUR 10 Jun – Ketua UMNO Bahagian Kemaman, Datuk Seri Ahmad Said mengesahkan beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti itu akhir bulan ini.
![]() |
|
AHMAD SAID
|
Ahmad berkata, beliau membuat keputusan bertanding jawatan berkenaan bagi memberi alternatif kepada ahli-ahli UMNO yang mahu melihat perubahan dari segi kepemimpinan parti itu.
“Saya sebelum ini tidak pernah tawar diri bertanding apa-apa jawatan dan kini saya rasa sudah sampai masanya untuk UMNO berubah dan perubahan itu bermula daripada kita semua.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Saya telah menghantar borang pencalonan untuk bertanding sebagai Naib Presiden secara dalam talian pada Khamis lalu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE












