Ahmad Said kekal Ketua UMNO Bahagian Kemaman - Utusan Malaysia

Ahmad Said kekal Ketua UMNO Bahagian Kemaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN – Calon Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Said mempertahankan jawatan Ketua Bahagian Kemaman yang disandangnya sejak 18 tahun lalu pada pemilihan hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bekas Menteri Besar Terengganu memperoleh 570 undi manakala pesaingnya, Mat Dalam Awang pula mendapat 126 undi.

Kekosongan timbalan ketua bahagian yang dikosongkan bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Ahmad Shabery Cheek pula diisi Mohd. Hisham Zubir.

Mohd. Hisham yang juga bekas ketua Pemuda UMNO bahagian itu menewaskan Ketua Penerangan UMNO Terengganu, Wan Abdul Hakim Wan Moktar yang juga calon Majlis Ahli Tertinggi UMNO dengan majoriti 142 undi.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kemaman, Ahmad Fikry Ibrahim pula memenangi jawatan naib ketua bahagian selepas memperoleh 475 undi sementara dua pesaingnya, Rosli Othman (135 undi) dan Ahmad Mizani Mohd. (87 undi). – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN