MACHANG 30 Jun – Datuk Ahmad Jazlan Yaakub diisytiharkan kekal jawatan Ketua UMNO Bahagian Machang di sini hari ini.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu tidak dicabar oleh mana-mana perwakilan.
Ahmad Jazlan ketika berucap merasmikan Pesidang Perwakilan bahagian itu berkata, keputusan itu membuktikan semangat bersatu padu dan musyawarah yang amat kental untuk berhadapan dengan cabaran lebih besar di luar parti.
“Semua pihak mengutamakan matlamat untuk membangunkan kembali parti keramat Melayu ini dengan tidak mementingkan diri sendiri tetapi sama- sama berjuang ke arah kebaikan,” katanya.
Yang turut mengkekalkaj jawatan masing-masing ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Machang, Wan Mohd Adnan Wan Aziz dan Naib Ketua UMNO Bahagian , Ahmad Tarmizi Ismail. – UTUSAN ONLINE










