KUANTAN 23 Jun – Penyandang Ketua Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota, Muhammad Faiz Hashim gagal mempertahankan jawatannya apabila tewas kepada Ahmad Fadziree Fisar pada pemilihan kali ini.
![]() |
|
AHMAD FADZIREE
|
Pada pemilihan Pemuda UMNO bahagian itu di sini hari ini, Ahmad Fadziree yang juga Ketua Pemuda UMNO Cawangan Indera Mahkota 2 memperoleh 88 undi menewaskan Muhammad Faiz dengan 87 undi.
Keputusan itu diumumkan Pengerusi Tetap Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota, Kamal Arifin Ismail.
Dalam pada itu, jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota dimenangi Shahfiq Amri Zailan yang memperoleh 95 undi menewaskan Muhamad Badrulhisani Abd Rahman yang mendapat 80 undi.
Sementara itu, Ahmad Fadziree berterima kasih kepada perwakilan yang memberikan kepercayaan kepadanya untuk memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota yang disifatkan berat terutama dalam menarik semula sokongan rakyat.
“Saya tidak menganggap ini sebagai kemenangan peribadi tetap untuk semua,” katanya.
Sementara itu, Muhammad Faiz yang memenangi jawatan berkenaan sejak 2013, berkata beliau menerima keputusan terbabit dengan hati terbuka dan menganggapnya sebagai satu proses demokrasi.
“Saya akan membantu kepemimpinan yang baharu ini dengan segala kreativiti serta kepakaran. Saya berharap Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota tidak berpecah sebaliknya bersatu, kita tiada masa lagi untuk berpecah belah,” katanya. – UTUSAN ONLINE











