IPOH 5 Jun – Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Superintenden Ahmad Adnan Basri dilantik sebagai KJSPT negeri yang baharu berkuatkuasa hari ini. Ahmad Adnan, 48, mengambil alih jawatan daripada Pemangku KJSPT negeri, Deputi Superintenden Abd. Aziz Abd. Rahman yang juga Timbalan KJSPT negeri. Sebelum ini, Abd. Aziz memangku jawatan itu bagi menggantikan Superintenden Wan Jamil Wan Chik yang bersara wajib pada 18 Mei lalu. Majlis…










