Ahli UMNO Sabah berpeluang pilih calon - Utusan Malaysia

Ahli UMNO Sabah berpeluang pilih calon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Calon Presiden UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyatakan bahawa menambah satu jawatan Naib Presiden yang hanya diisi ahli UMNO Sabah antara manifesto beliau pada Pemilihan UMNO 2018 pada hujung bulan ini.

Khairy Jamaluddin yang merupakan bekas Ketua Pemuda UMNO itu berkata, inisiatif tersebut adalah untuk memastikan suara rakyat Sabah sentiasa didengari di peringkat nasional.

“Kedudukan Sabah tidak sama seperti negeri lain di Semenanjung kerana secara asasnya negeri ini bukan menyertai tetapi bersama-sama membentuk Malaysia pada tahun 1963.

“Ini bermakna, Sabah mempunyai harga diri dan maruah yang tersendiri maka atas sebab itu wakil dari negeri ini harus diberi keutamaan dan kedudukan di peringkat tertinggi dalam parti,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Sesi Ramah Mesra UMNO Sabah bersama Khairy Jamaluddin di sini.

Dalam pada itu, Khairy Jamaluddin turut menambah sekiranya dipilih sebagai Presiden UMNO, beliau akan memastikan pemilihan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah hanya akan ditentukan oleh ahli UMNO di negeri tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×