Ahli Parlimen Bagan Serai umum keluar UMNO - Utusan Malaysia

Ahli Parlimen Bagan Serai umum keluar UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI – Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali mengumumkan telah keluar daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN) berkuatkuasa hari ini.

Pengumuman tersebut turut menyaksikan Noor Azmi mengisytiharkan bahawa beliau menyokong kepemimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan kerajaan Pakatan Harapan (PH) termasuk Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu. 

Jelasnya, setakat ini, beliau menjadi wakil rakyat bebas dan dijangka akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, pengumuman itu merupakan satu keputusan yang bermakna dan bersejarah buat dirinya dan rakyat Bagan Serai yang diwakilinya di Dewan Rakyat.

“Tidak mudah untuk saya membuat kenyataan dan keputusan ini. Selepas saya fikir sedalam-dalamnya, keputusan ini dilakukan dengan mengambil kira kepentingan rakyat yang saya wakili dan demi kepentingan agama bangsa dan negara.

“Rakyat dan pengundi Bagan Serai telah membuat keputusan menyokong dan memilih saya sebagai Ahli Parlimen pada pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu dan keputusan ini amat penting bagi kesinambungan segala tugasan dan khidmat saya untuk rakyat Bagan Serai,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Menurut Noor Azmi, beliau berharap keputusan itu difahami dan diterima rakyat terutamanya pengundi di Bagan Serai.

Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas mengagumi kebolehan Mahathir dalam mentadbir negara selama 22 tahun lalu dan bukti kejayaan cemerlang yang ditempa selama ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini