Abdul Azim tidak bertanding - Utusan Malaysia

Abdul Azim tidak bertanding

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TIMBALAN Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi mengesahkan beliau tidak akan bertanding merebut jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Kongres FAM, 14 Julai depan.

Abdul Azim memberitahu, beliau sudah mempunyai ba­nyak komitmen dan lebih baik buatnya memberi fokus kepada jawatan-jawatan yang di­sandang berbanding bertan­ding merebut kerusi panas badan induk persatuan itu.

Jelasnya yang juga Pengerusi Institut Sukan Negara (ISN), beliau mengambil masa sekurang-kurangnya sebulan untuk membuat keputusan menarik diri daripada bertanding merebut jawatan Presiden FAM selepas dicalonkan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) bulan lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ya, saya sudah tarik diri daripada bertanding merebut jawatan Presiden FAM.

“Banyak faktor yang mendorong saya buat keputusan ini. Lagipun saya sendiri mempunyai banyak komitmen (jawatan yang disandang). Saya fikir ini adalah langkah baik untuk tidak bertanding dan fokus pada jawatan sedia ada.

“Saya mengambil masa selama sebulan untuk buat keputusan ini (tarik diri bertan­ding Presiden FAM) dan saya berharap semua memahami situasi saya.

“Bagaimanapun, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan te­rima kasih kepada pihak-pihak yang menaruh kepercayaan kepada saya untuk bertan­ding Presiden FAM dan biarpun ada banyak sokongan, saya terpaksa menarik diri demi fokus kepada tugasan lain,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Kosmo! sebelum ini melaporkan tiga individu iaitu Abdul Azim bersama Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin dan bekas Pre­siden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa telah dicalonkan bertanding jawatan Presiden FAM.

Jawatan Presiden FAM kosong selepas Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertindak melepaskan tugas itu pada Mac lalu.

Tumpuan kini tertumpu kepada pertembungan dua penjuru melibatkan Hamidin dan Annuar. Bagaimanapun, Annuar menegaskan, beliau akan membuat keputusan sama ada bertanding atau sebalik­nya sebelum 14 Jun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini