KUALA LUMPUR 16 Jun – Seramai 9,000 kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bertugas dalam keadaan siap sedia 24 jam sejak Khamis (14 Jun) lalu bagi memastikan bekalan elektrik terus dinikmati untuk keselesaan menyambut Aidilfitri.
![]() |
|
|
TNB dalam satu kenyataan berkata, pelbagai persiapan telah dilakukan bagi mengelakkan sebarang gangguan bekalan elektrik termasuklah pemeriksaan di semua stesen janakuasa dan pencawangnya.
“Di beberapa tempat, TNB turut membuat penambahbaikkan sistem pencawangnya bagi menampung jangkaan beban yang meningkat di kawasan berkenaan.
“Malah, lebih 108 set janakuasa bergerak disediakan untuk digunakan sebagai punca bekalan elektrik, sekiranya diperlukan.” kata kenyataan itu.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan TNB di talian 15454 atau Facebook TNB Careline untuk mendapatkan bantuan sekiranya berlaku sebarang gangguan. – UTUSAN ONLINE











