760 Orang Asli di Kuala Mu 
diraikan sempena Ramadan - Utusan Malaysia

760 Orang Asli di Kuala Mu 
diraikan sempena Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AKTIVITI. Seramai 760 Orang Asli diraikan pada majlis berbuka puasa dan bersahur bagi program #Likemosque 3.0 di perkampungan Kuala Mu, Sungai Siput, Perak baru-baru ini.

Program itu anjuran pihak pengurusan tiga buah masjid di Pulau Pinang iaitu Masjid Jamek Haji Abdul Latiff, Masjid Jamek Kampung Pelet dan Masjid Al-Falah Pengkalan Tambang dengan kerjasama Kumpulan Fuhuwa Takaful Ikhlas Berhad serta Jabatan Agama Islam Batu Gajah.

Pengerusi program, Muhammad Zulkifli Mahamad Jasin berkata, program tersebut bertujuan meraikan masyarakat Orang Asli di samping beramah mesra bersama mereka dalam bulan yang mulia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Melalui program ini kami dapat mendekatkan diri bersama masyarakat Orang Asli serta mendengar masalah yang dihadapi mereka selama ini.

“Kami juga dapat melihat walaupun masyarakat Orang Asli hidup dalam keadaan sederhana, namun mereka tetap menghayati kedatangan bulan Ramadan dan memanfaatkannya dengan sebaik mungkin,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini